Kelebihan KL Tower

Menara ini lebih tinggi berbanding Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur kerana terletak pada di kemuncak 94m dari aras laut. Menara Kuala Lumpur dibina sebagai menara komunikasi untuk mempertingkatkan khidmat telekomunikasi dan sistem pemancar. Di sini siaran radio Radio Televisyen Malaysia iaitu Radio Klasik, Nasional FM, KL FM, TraXX FM, Ai FM, Minnal FM, Asyik FM, Sabah V FM, Wai FM, Red FM, televisyen TV1, TV2, OKEY, Sukan RTM, TV6 dan Berita RTM milik Radio Televisyen Malaysia siaran UHF dapat diterima sehingga 10km jauhnya.

Menara Telekomunikasi Kuala Lumpur ini merupakan menara telekomunikasi yang ketujuh tertinggi di dunia di belakang Menara CN di Kanada pada ketinggian 553m, Menara Ostankino di Russia setinggi 537m, Menara Shanghai di Negara China dengan 468m tinggi, Borj-e Milad dengan ketinggian 435m di Iran, dan Tokyo Sky Tree dengan ketinggian 634m di Jepun.[4] Menara 421 meter tinggi ini mula dibina pada tahun 1993 dan siap pada 1996. Di bawah menara ini terdapat kedai cenderamata, panggung mini, panggung terbuka, mini zoo, restoran dan Kampung Budaya 1Malaysia.